Tidur bukan sahaja membolehkan badan kita berehat tetapi juga membantu kita mengembalikan tenaga, meningkatkan sistem keimunan tubuh, membolehkan badan membaiki tisu dan membantu otak mengatur dan menyimpan memori. Malangnya, semakin banyak orang menghadapi masalah insomnia.
Apa itu insomnia?
Insomnia adalah gangguan tidur yang paling umum. Tanda-tanda insomnia termasuklah sukar tidur, tidur terlalu ringan atau bangun pada waktu tengah malam dan tidak dapat tidur selepas itu.
Apa yang menyebabkan insomnia?
Punca insomnia adalah berbeza-beza bagi setiap orang, antaranya termasuk:
Faktor psikologi
Kebanyakan orang menghadapi insomnia akibat peristiwa tekanan hidup seperti peperiksaan, menepati tarikh akhir kerja/projek, pekerjaan baru, kematian orang yang dicintai atau konflik antara perorangan. Kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar biasanya berkaitan dengan insomnia dan memerlukan rawatan perubatan.
Faktor fisiologi
Faktor perubatan yang menyebabkan kesakitan dan boleh menggangu tidur seperti gout, artritis, sakit belakang, sakit kepala, kanser dan sebagainya.
Punca lain:
Persekitaran tidur yang kurang sempurna seperti katil yang kurang selesa, suhu ekstrim di bilik tidur serta keadaan terlalu bising dan terang. Seseorang yang berkongsi bilik dan berdengkur juga boleh mempengaruhi tidur anda.
Kesan insomnia terhadap kesihatan:
Kepenatan, kelesuan, dan kurang motivasi.
Kemurungan dan mudah tersinggung. Kegagalan untuk mengatasi tekanan. Kekurangan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah. Konsentrasi dan memori yang kurang baik. Sistem imun lemah - sering sakit
Tips untuk tidur dengan nyenyak
Tidur pada waktu yang sama setiap malam.
Jika anda perlu tidur pada waktu siang, lakukannya pada waktu petang dan elakkan lebih daripada 30 minit.
Pastikan bilik tidur anda cukup senyap dan gelap untuk memudahkan tidur.
Pastikan tempat tidur anda selesa.
Lakukan senaman selalu, sebaiknya pada waktu pagi.
Jauhi kafein, nikotin dan alkohol sekurang-kurangnya 4-6 jam sebelum tidur.
Elakkan aktiviti yang merangsangkan fikiran seperti bermain permainan komputer dan menonton filem aksi sebelum tidur.
Produk Forever Yang Boleh Membantu :
Insomnia klinikal memerlukan rawatan daripada professional perubatan dan kaunseling. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mempercepat pemulihannya.
Aloe Vera Gel
· Mengandungi gel aloe vera berkhasiat yang distabilkan 100% dan merupakan pilihan utama untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan dan keimunan.
· Membantu meningkatkan bioavailabiliti nutrien kepada sel dan meningkatkan metabolisme tenaga.
· Mengawalatur fungsi fisiologi dan boleh membantu tidur dan emosi.
Nature Min
Membekalkan gabungan mineral yang seimbang untuk penyerapan maksimum. Nature Min mengandungi 11 jenis mineral yang diperlukan untuk tubuh seperti Kalsium, Fosforus, Magnesium, Zat besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprum, Mangan, Vanadium dan Molibdenum
Mineral seperti Kalsium, Magnesium, Zink, Selenium boleh membantu memenangkan emosi dan membantu tidur.
Forever Royal Jelly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan