Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Botak disebabkan Testosterone “Mengapa saya?”
Adalah satu soalan yang ditanya-tanya oleh kaum lelaki apabila mereka mula-mula mendapati bahawa mereka mengalami corak kebotakan lelaki – satu keadaan di mana ia menjejaskan dua daripada tiga lelaki.
“Androgenetic Alopecia” atau Corak Kebotakan Lelaki (Male Pattern Baldness, MPB) adalah keguguran rambut yang biasa di kalangan lelaki pada sesuatu tahap.
Ia biasanya mengambil selama 15-25 tahun untuk menjadi botak. Akan tetapi, sesetengah lelaki menjadi botak dalam kurang dari 5 tahun.
MPB biasanya dicirikan dengan bermulanya garisan rambut menjadi botak dan penipisan di mercu kepala.
Apakah yang menyebabkan corak kebotakan lelaki?
Usia
Menurut American Hair Loss Association, lebih kurang 85% daripada kaum lelaki akan mengalami penipisan rambut apabila mereka mencapai umur 50 tahun.
Gen dan hormon
Lebih dari 95% keguguran rambut lelaki adalah disebabkan oleh corak kebotakan lelaki (MPB), satu faktor genetik.
Lelaki dengan corak kebotakan lelaki mewarisi folikel rambut yang sangat sensitif terhadap hormon dihidrotestosteron (DHT).
Apabila testosteron ditukarkan kepada DHT, ia mengecut folikel rambut menjadikan rambut lebih pendek dan halus, dan akhirnya pertumbuhan rambut berhenti sama sekali. Berita baiknya ialah folikel rambut tidak mati pada kebanyakan masa, jadi pertumbuhan rambut mungkin masih berlaku.
Pada ketika ini, tiada penawar yang diketahui untuk corak kebotakan lelaki. Mengelakkan keguguran rambut adalah lebih mudah dari menggantikan rambut setelah rambut gugur.
1. Menyuburkan folikel rambut anda
Sesetengah suplemen seperti vitamin B kompleks, silika, iodin, zat besi dan cysteine, telah ditunjukkan membantu meningkatkan kesihatan rambut. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin A, C, E, Zink dan Selenium boleh melindungi rambut dari keguguran.
Suplemen yang dicadangkan:
Forever Bee Pollen mengandungi Zink yang boleh membantu mengurangkan pertukaran testosteron kepada DHT. Debunga lebah juga kaya dengan folat, Vitamin B Kompleks dan mineral penting yang lain untuk rambut yang sihat.
Aloe Vera Gel mengandungi lebih dari 200 sebatian yang membekalkan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Vitolize Men mengandungi Saw Palmetto yang boleh membantu mengurangkan tahap DHT di kalangan lelaki.
Satu kajian tentang ekstrak Saw Palmetto dalam merawat corak kebotakan lelaki tahap ringan dan sederhana mendapati bahawa terdapat peningkatan pertumbuhan rambut dalam 60% subjek (J Altern Complement Med, 2002; 8: 143-52).
Vitolize Men juga mengandungi Zink, Selenium, Vitamin C, D, dan E yang diperlukan untuk melindungi rambut dari gugur.
* Hanya boleh didapati di Singapura.Bagi yang betul-betul berminat,boleh diusahakan untuk memilikinya.
2. Mengurut kulit kepala
Menurut University of Maryland Medical Center, mengurut kulit kepala membantu meningkatkan peredaran darah ke folikel rambut, dan ini mungkin menggalakkan rambut anda tumbuh.
Tekanan menguli yang digunakan semasa mengurut kulit kepala menghangatkan tisu dan membantu meningkatkan peredaran darah. Dengan ini, folikel rambut menerima lebih banyak nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
Tip: Gunakan Aloe Activator untuk mengurut kulit kepala dengan perlahan-lahan selepas mencuci rambut. Aloe Activator mengandungi Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% , baik untuk digunakan sebagai tonik rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.
3. Gunakan syampu yang baik
Kuatkan folikel rambut anda dengan Aloe-Jojoba Shampoo yang direka untuk menguatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Rumusan khas yang menggabungkan Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% sebagai bahan yang pertama dan utama.
Saponin dalam Aloe Vera, sejenis agen pembuih sangat bagus untuk pembersihan mendalam sementara asid amino membantu menguatkan struktur rambut. Minyak jojoba ditambah untuk menghidratkan dan menguatkan struktur rambut.
Berminat hubungi:
wasap/telegram : 0193737025
email: nuurayuu@gmail.com
fb page: Forever Business Owner FLP
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan