Selasa, 13 Oktober 2015

Sejarah Perubatan Aloevera

Cuba tengok gambar di atas tu...kenal tak??

Mestilah tau kan..kan..Lidah Buaya...


Bila kita sebut 'daun aloevera' ni normally orang tau dah... nama lainnya 'daun lidah buaya'. Kita pun tahu khasiat daun lidah buaya ni untuk kesihatan dan kecantikan.

Terdapat 250 jenis tumbuhan Aloe yang terdapat di serata dunia ini, antara salah satu nya ia dikenali sebagai Aloe Vera      ( Lidah Buaya ). Aloe Vera seringkali di kait kan dengan cara perubatan tradisional pada masa dahulu, bagaimanapun kegunaan Aloe Vera dalam perubatan moden tidak kurang kehebatanya.

Jika dahulu ia hanya di guna sebagai sapuan untuk melecur, ruam, gatal-gatal dan demam, tetapi sekarang ia sudah dijadikan sebagai produk kosmetik dan produk kesihatan, bagaimanapun Aloe Vera (Lidah Buaya) masih kurang popular sebagai tanaman komersial di negara kita Malaysia.

Aloe vera mempunyai 101 khasiat yang mampu beri kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan kepada tubuh manusia.

Sejarah perubatan

Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun Aloe Vera (lidah buaya) telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai 'penyembuh senyap' oleh pengadut agama Hindu dan 'ramuan harmonik' oleh pengadut agama Hindu dan 'ramuan harmonik' oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai 'penyembuh senyap' 


credit:vitaminuntuksemua




Tiada ulasan:

Catat Ulasan