Isnin, 26 Oktober 2015

Forever Bee HONEY

Madu “Liar” Semula Jadi Dari Gurun    

Dikumpul dari sarang-sarang lebah yang terbiar di hutan yang subur di Gurun Sonoran, Arizona yang langsung tidak diganggu oleh aktiviti manusia, madu lebah Forever sudah pasti mempunyai standard dan kualiti yang tertinggi. Gurun Sonoran merupakan salah satu lokasi pemeliharaan lebah yang paling ideal di dunia ini dengan beribu-ribu spesis pokok berbunga dan persekitarannya yang bersih di mana racun-racun serangga serta bahan kimia seperti yang terdapat di ladang-ladang pertanian dan pencemaran dari kota hampir-hampir tidak wujud. 
Madu lebah Forever adalah 100% madu asli “liar” dari gurun tinggi yang berkualiti tinggi. Ia secara semulajadinya mengandungi jeli raja serta debunga lebah. Ini meningkatkan nilai khasiatnya dan menjadikannya satu produk pemakanan yang unggul.

Rasa 25% lebih manis daripada gula. Amaun dan kalori yang lebih kecil untuk kemanisan yang sama – pengganti gula putih yang ideal serta menyihatkan. Meningkat dan menambahkan paras tenaga dengan segera. Produk lebah semulajadi yang 100% asli. Terasimilasi lebih perlahan daripada gula halus dan dengan itu
boleh digunakan dengan lebih berkesan oleh tubuh.


 KANDUNGAN : 500mg madu lebah gurun yang tulen setiap botol.

 Madu lebah adalah penuh dengan khasiat dan tenaga

Madu dihasilkan daripada nektar bunga. Lebah bergerak dari bunga ke bunga untuk mengumpul nektar dan kemudian berulang-ulang kali meluahkannya daripada perut satu lebah ke lebah yang lain untuk mencampurkannya dengan enzim mereka bagi menghasilkan madu yang kemudiannya mereka simpan dalam sarang. 
Sejak berkurun-kurun lamanya, madu lebah telah diterima dan dihargai sebagai salah satu makanan semulajadi yang terbaik. Dari permulaan tamadun lagi, madu telah diketahui sebagai gedung pemakanan yang berkhasiat. Ia mengandungi 180 jenis sebatian pemakanan termasuk pelbagai vitamin penting, mineral, karbohidrat, enzim, protein dan asid amino. Madu lebah Forever adalah 100% tulen dan secara semulajadinya mengandungi debunga serta jeli raja, yang membuatnya makanan kesihatan yang amat berkhasiat dan penuh dengan nutrien dan tenaga.


sumber:empayargold




Sekiranya ingin mendapatkan produk ini hubungi saya:

wasap/telegram:0193737025



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*** Penafian : Hasil bagi setiap individu adalah berbeza.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan