Selasa, 2 Ogos 2016

Khasiat BUAH DELIMA untuk kecantikan



Buah delima merupakan buah yang habitat asalnya ada di timur tegah, namun sudah banyak ditanam di Negara Indonesia. Secara umum, buah delima hanya mempunyai tinggi kira-kira 4 hingga 9 meter sahaja.

.

Buah delima cukup banyak ditanam masyarakat Indonesia untuk tanaman hiasan, ada juga sebagai tanaman ubat, ada pula sebagai tanaman yang hanya ingin dimakan terus buahnya atau dibuat jus.

.

.
Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit jika digunakan secara teratur dan rutin. Kandungan buah delima yang kaya vitamin C, vitamin A, vitamin E, antioksidan serta zat besi mampu lambatkan terjadinya proses penuaan.

.

.

Manfaat dan khasiat buah delima untuk kulit :

MEMBANTU PERTUMBUHAN SEMULA KULIT
Masalah kulit seperti fleg hitam serta pigmentasi menjadi masalah kerosakan kulit yang cukup khawatirkan. Buah delima mampu melindungi lapisan kulit luar atau epidermis dan menjana semula sel kulit di epidermis pada bahagian kulit dalam. Buah delima juga mampu membantu proses pengeluaran antioksida semula jadi di dalam tubuh sehingga mampu meningkatkan peredaran darah, memperbaiki jaringan kulit sehingga menyembuh luka.


MENGHILANGKAN JERAWAT
Masalah jerawat boleh disebabkan kerana masalah pencernaan dan juga hormon yang tidak seimbang. Buah delima merupakan sumber vitamin C yang mampu mengawal pengeluaran bahan-bahan berminyak atau sebum yang dirembeskan kulit, kemudian akan menyebabkan jerawat di wajah kita.

 Khasiat buah delima yang mampu mengatasi masalah pencernaan akan mampu meningkatkan peredaran darah menjadi sihat. Selain itu, dengan menjadikan jus buah delima sebagai topeng (masker) akan membantu menghilangkan jerawat.


MENGATASI KULIT KERING
Buah delima mempunyai struktur molekul yang mampu menyembuh kulit serta mampu melembutkan kulit, mengatasi kulit yang pecah-pecah dan mengatasi kulit yang kering kerana buah delima banyak mengandungi asid punicic yang merupakan asid lemak dari omega 5 yang mempunyai fungsi mencegah kulit kelihatan kelebapannya.


MENGATASI KULIT BERMINYAK
Buah delima dimanfaatkan sebagai bahan semula jadi yang dihasilkan menjadi produk kecantikan, hal ini kerana buah delima yang mengandungi minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi iritasi pada kulit serta menghilangkan jerawat.


MENCEGAH PENUAAN AWAL
Kemampuan buah delima untuk meremajakan kulit mampu mencegah terjadinya penuaan awal kulit. Biji buah delima mampu memperkuat lapisan epidermis yang akan mengurangi kulit yang berkedut sebagai penyabab penuaan awal pada kulit. Selain itu, buah delima juga mampu membantu proses produksinya kolagen serta elastin yang memiliki manfaat untuk menjaga kulit tetap elastis sehingga menjadi lebih awet muda.


MELINDUNGI KULIT DARI MATAHARI
Buah delima untuk melawan efek sinar matahari menjadika buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit, sehingga kulit tidak akan rosak. Buah ini mengandungi banyak antioksida yang berperanan penting unuk mencegah kerosakan yang terjadi kerana adanya radikal bebas.

Kredit: Siti Nur Syuhada Ayub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan