Khamis, 31 Disember 2015

Muhasabah Tahun Baru 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Kepada sume pembaca blog saya..saya ucapkan Happy New Year 2016..:)..:)..:)

Saya doakan agar segala impian saya dan uoalls sume  akan tercapai pada tahun 2016...

Moga segala pengalaman lalu banyak mengajar dan mematangkan roh dan minda kita sebagai hamba Allah...

Maka suka duka itu akan membuatkan kita bertambah kuat untuk menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita pada masa akan datang. Allah tidak akan menguji hamba2Nya melainkan hambaNya itu mampu untuk menghadapinya.

Tidak dinafikan kekadang kita tewas dalam menghadapi ujian yang ditimpakan pada kita. Itu menunjukkan betapa lemahnya iman kita.Apakata pada tahun baru ini sesama kita cari semula kekuatan agar kita bertambah kuat apabila dihujani berbagai ujian.

Ingat beruntunglah kita diuji olehNya. Ujian yang Allah berikan adalah tanda Allah prihatin dan sayang pada hambaNya. Janganlah kita cepat melatah dengan ujian yang Allah berikan. Berbanyaklah kita berdoa kepadaNya agar diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian hidup di dunia ini.


Muhasabah  Tahun Baru

Masa telah membawa kita sampai ke tahun 2016. Masa berjalan tidak pernah berehat. Sudah cukup jauh perjalanannya. Sudah banyak kisah yang berakhir tapi masa belum lagi mahu berhenti. Bilakah masa akan berakhir yang akan mengakhiri segala perjalanan makhluk? Hanya Allah sahaja yang tahu, kerana Dialah Pencipta masa dan mengawal perjalanannya. Sedangkan Allah tidak terikat oleh masa.

Masa yang beredar menurut ukuran jin tidak sama dengan  ukuran masa oleh malaikat. Lain alam lainlah ukuran masanya. Masa yang dipakai di dunia tidak sama dengan jarak masa yang dipakai di akhirat. Satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun ukuran dunia.

Masa adalah suatu kejadian yang cukup luar biasa, menjadi penentu dan kayu ukur perjalanan hidup kita. Allah sendiri bersumpah dengan masa! Bahawa rugilah sesiapa yang menghabiskan masa tanpa beriman, beramal soleh dan nasihat menasihati tentang kebenaran dan kesabaran.

Kini tahun baru masihi 2016 telah pun datang untuk kita. Masa ini memberitahu kita bahawa suatu hari nanti, seperti yang sudah ditetapkan oleh Allah, masa untuk kita sudah habis. Hidup ini ada hujungnya. Perjalanan pasti sampai ke destinasi. Masa lah yang jadi penentunya.

Kalau begitu dipermulaan awal tahun baru mari kita lihat ke belakang dan ke depan, masa yang sudah kita habiskan dan yang akan kita habiskan, apakah sudah memenuhi maksud serta tujuan hidup dan tujuan mati kita nanti.

Mari kita lakukan post mortem atau muhasabah yang sebenar-benarnya agar kita menemukan kebenaran dan kesabaran yang Allah maksudkan itu.


With Love,

♡♡♡Ayu♡♡♡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan