Jumaat, 13 Januari 2017

Apa itu Kolagen?

Kolagen merupakan protein terbanyak yang ada dalam tubuh manusia. Kolagen terdapat dalam otot, tulang, kulit, dan tendon.

Kulit manusia pada dasarnya tersusun atas kolagen. Kira-kira 33% protein dalam tubuh manusia terdiri daripada kolagen, dan kira-kira 75% jaringan kulit tersusun atas kolagen.

Manfaat kolagen bagi kulit adalah untuk memberikan kekuatan, struktur, dan keanjalan pada kulit, serta membantu menggantikan sel-sel kulit mati.

Kolagen sangat penting bagi kulit, di mana penurunan pengeluaran kolagen boleh menyebabkan kulit menjadi kendur, menipis, kedutan, dan lain sebagainya.Penurunan pengeluaran kolagen terjadi akibat penuaan. Artinya, semakin tua usia seseorang, maka pengeluaran kolagen dalam tubuhnya kian menurun.

Apabila masih muda, tubuh secara terus-menerus menghasilkan kolagen.Sintesis kolagen mula menurun sekitar usia 40an.Pada usia 60an biasanya ada penurunan yang cukup signifikan dalam pengeluaran kolagen.




FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENURUNAN PENGELUARAN KOLAGEN

Diet (makanan) tinggi gula akan mempercepatkan proses glycation, iaitu proses di mana gula dalam darah melekat pada protein untuk membentuk molekul baru yang disebutadvanced glycation end produk (ages).

Ages ini boleh merosakkan protein, membuat kolagen kering, rapuh, dan lemah.

Rokok mengandungi sebatian-sebatian berbahaya yang juga boleh merosakkan kolagen kulit. Nikotin dalam rokok boleh menyempitkan pembuluh darah di lapisan luar kulit, sehingga mengakibatkan terbantut dan kemerosotan bekalan oksigen dan nutrisi ke kulit.

Sinar ultraungu juga boleh mempercepatkan kerosakan kolagen kulit, sekaligus juga mencetuskan pembentukan abnormal elastin yang dapat menghasilkan enzim pemecah kolagen.

Agar kulit sentiasa sihat dan kencang, maka kita perlu untuk sentiasa menjaga kesihatan kolagen kulit, dan menjaga agar pengeluaran kolagen kulit tidak menurun.

Beberapa sumber makanan yang baik untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit adalah:

Makanan sumber protein yang tinggi prolin dan lisin
Untuk menyokong pembentukan kolagen kulit, maka kita perlu mengambil makanan-makanan yang tinggi kandungan asid amino prolin dan lisin.

Sumber makanan yang mengandung prolin adalah putih telur, daging, keju, dan soya.

Sumber makanan yang mengandungi lisin adalah makanan produk olahan susu (keju, yogurt), ikan, kacang, bijan.

Sumber makanan yang tinggi kandungan Vitamin C
Makanan yang tinggi kandungan Vitamin C merupakan jenis makanan yang sangat baik untuk membantu sintesis (pembentukan) kolagen.

Sumber makanan yang kaya vitamin C diantaranya adalah buah-buahan seperti jeruk, tomato, lemon, dan kiwi, serta sayur-sayuran seperti brokoli , dan lain-lain.

Makanan yang mengandungi tembaga

Sumber makanan yang mengandung tembaga boleh didapati dalam kerang, kacang-kacangan, daging merah dan air.

Makanan yang mengandungi Vitamin A
makanan yang banyak mengandung vitamin A juga dapat menyokong pembentukan kolagen kulit. Sumber makanan yang banyak mengandung vitamin A diantaranya adalah lobak merah, labu kuning, ubi keledek, brokoli, dan lain-lain.

Sumber makanan yang mengandung antioksidan
Makanan yang kaya antosianida (antioksidan) dapat membantu menguatkan ikatan antara gentian kolagen. Contoh makanannya adalah blackberry, blueberry, ceri, raspberi, anggur.Sumber makanan yang dapat mencegah kerosakan kolagen
Sulfur merupakan zat yang dapat mengurangkan kerosakan kolagen pada kulit. Khususnya taurin dan asid lipoid yang terkandung dalam bawang putih dapat mencegah timbulnya kerosakan kolagen pada kulit.

Sayur-sayuran seperti sawi, zaitun, timun, saderi, lobak merah, juga merupakan makanan yang boleh membantu mencegah kerosakan kolagen pada kulit.

Selain sumber makanan di atas, masih banyak lagi sumber makanan lain yang dapat membantu mengekalkan keanjalan kolagen pada kulit.

Misalnya, soya mengandungi sebatian genistein yang boleh membantu menghalang kerja enzim pemecah kolagen pada kulit.Pemecahan kolagen pada kulit boleh merosakkan keanjalan kulit dan membuat kulit menjadi rosak.

Sayur-sayuran hijau juga merupakanan sumber makanan yang mengandungi agen pembentuk kolagen.Bayam, asparagus, boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen.

Makanan yang mengandung asam lemak omega 3 juga merupakan sumber makanan yang boleh membantu terciptanya lingkungan yang sesuai bagi proses sintesis kolagen. Contohnya, ikan salmon, tuna, kacang gajus, badam, avokado, dan lain-lain.

Selain makanan-makanan yang sudah disebutkan di atas, pengeluaran kolagen kulit juga boleh dirangsang melalui terapi laser. Kaedah terapi laser ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah strech mark di kulit.

Banyak juga kita mencari produk-produk kulit yang (disebut-sebut) mengandungi kolagen yang mendakwa boleh menjana semula kulit. Namun sebenarnya, hal tersebut tidak sepenuhnya benar.

Penggunaan krim dan produk penjagaan kulit yang mengandungi kolagen tidak dapat meningkatkan kolagen dalam kulit.

Mengapa? Kerana, molekul kolagen terlalu besar untuk boleh diserap masuk ke dalam melalui kulit kita.

Manfaat daripada produk-produk tersebut, bila memang ada, kemungkinan besar adalah hanya mampu melembabkan kulit, namun tidak dapat memperkuat atau meningkatkan kolagen dalam kulit.

Cara terbaik untuk melindungi dan meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit adalah dengan mengelakkan faktor-faktor pencetus kerosakan kolagen kulit (diet tinggi gula, rokok, sinaran UV), dan mengambil makanan-makanan ataupun suplemen yang boleh membantu mensintesis kolagen kulit.

Makanya saranan terbaik ialah aloe vera gel, arctic sea, pomesteen, absorbent c,  garlic thyme, foreverlite yang memenuhi ciri-ciri di atas.

Cadangan amalan :

120ml avg + 60 ml pomesteen + 120 ml air + madu secukup rasa 2x sehari.

arctic sea 2 biji 2x.
garlic thyme 2 biji 2x
foreverlite 1 scoop pagi sahaja.
absorbent c 1 biji 4 jam sekali.

credit:Nahdatul Asma



Berminat dengan produk2 Forever Living:

wasap/telegram:019 3737025

email:nuurayuu@gmail.com

fb page:Keunikan Aloevera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan