Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam...
Allhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Moga kita sume selamat di dunia dan di akhirat kelak.
Bila kita sebut resdung...mesti kita bayangkan individu tu akan rasa gatal2 bagai nak gila di hidung...silap2 sampai nak tercabut hidung...iyelah asyik menenyeh jer. Kekadang tu gatal2 bukan di hidung tapi sampai ke tekak, telinga dan badan. Pastu asyik2 bersin di waktu pagi. Haaa...ni sume common simptom siapa yang ada resdung. Sume orang ada resdung tapi bergantunglah samada kuat atau tidak masalah resdung tersebut.
Apakah itu sinus?
Sinus adalah rerongga yang terletak di belakang tulang pipi,dahi, hidung dan mata. Ia melembapkan udara yang kita sedut. Apabila rerongga ini dijangkiti kuman atau bengkak, ia tidak dapat menyalur keluar udara dan kumbuhan dengan sempurna. Dalam perubatan Melayu tradisional, is dikenali secara umumnya sebagai resdung atau sinusitis.
Apa sebenarnya sinusitis ni??
Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Terdapat dua jenis sinusitis:
Sinusitis akut
Berterusan lebih daripada 4 minggu. Biasanya bermula dengan selsema yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.
Sinusitis kronik
Berlarutan lebih daripada 12 minggu / 4 kali setahun dengan gejala berterusan lebih daripada 20 kali. Selaput sinus dan hidung menebal disebabkan keradangan sinus yang berterusan.
Selain dari simptom2 sebelum ini terdapat lagi simptom lain seperti:
●Hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk.
●Hidung tersumbat.
●Sakit kepala / sakit di bahagian muka.
●Demam dan sakit tekak.
●Nafas berbau / deria bau merosot.
●Batuk, lebih teruk pada waktu malam.
●Letih dan kurang sihat.
Apakah yang menyebabkan sinusitis?
●Selsema dan demam alergi atau alahan yang merembeskan terlalu banyak hingus dan menyebabkan bahagian sinus tersumbat.
●Silia di dalam sinus yang menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung tidak berfungsi dan menyebabkan keradangan.
●Berlaku polips nasal (ketumbuhan di bahagian sinus) atau bahagian nasal septum bengkok yang menyebabkan bukaan sinus tersumbat.
Pencegahan
●Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
●Banyakkan meminum cecair atau teh panas untuk mencairkan mucus dan mengalirkannya keluar.
●Jauhkan diri daripada asap tembakau, rokok atau udara tercemar.
●Berehat secukupnya.
Makanan tambahan yang boleh membantu:
Aloe Vera Gel
√Mengandungi kompleks Antrakuinon yang membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
√Mengandungi acemanan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
√Mengandungi vitamin A, C dan E yang membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas.
Forever Bee Propolis
√Membantu merangsangkan pengeluaran sistem imun semulajadi (interferon) dan memperkuatkan sistem imun tubuh.
√Membantu menghalang kejadian alahan dan mengurangkan keradangan.
Forever Garlic Thyme
√Membantu memperkuatkan sistem imun tubuh.
√Secara semulajadinya, mengandungi bahan antibakteria dan antikulat.
Forever Absorbent C
√Membantu memperkuatkan sistem imun dengan mengaktifkan sel-sel neutrophil (sejenis sel darah putih), penghasilan antibody dan pengawalaturan fungsi-fungsi sel-sel darah putih.
√Mengurangkan tindak balas alahan dengan mengurangkan penghasilan histamine (dirembeskan oleh tubuh, histamine adalah bahan kimia yang menyebabkan bengkak, bersin, gatal dan hidung tersumbat).
Berminat hubungi:
wasap/telegram : 0193737025
email: nuurayuu@gmail.com
fb page:Keunikan Aloevera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan